APAKAH ITU

OLIMPIAD linguistik komputational?

Olimpiad Linguistik Komputational Malaysia (MyCLO) ialah sebuah pertandingan kebangsaan secara tahunadalam bidang pemikiran komputasional melalui medium linguistik. MyCLO telah menganjurkan pertandingannya buat pertama kali pada tahun 2018. Pemikiran komputasional melalui medium linguistik merupakan sebuah bidang yang masih baru, oleh itu, ia masih dalam usaha untuk mendedahkan MyCLO pada khalayak ramai.

Olimpiad Linguistik Antarabangsa (IOL) pula ialah sebuah pertandingan antarabangsa secara tahunan buat pelajar-pelajar pra-universiti. IOL mempunyai latar belakang dalam pertandingan linguistik sejak ia mula diadakan di Soviet Union pada tahun 1960an. IOL telah bermula pada 2003, dengan edisi pertamanya di Bulgaria. Pada tahun 2018, sebanyak 28 buah negara telah menghantar pasukan kebangsaan mereka untuk menyertai IOL. IOL ialah sebahagian daripada Olimpiad Sains Antarabangsa. IOL 2019 akan diadakan di Yongin, Korea.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta tidak memerlukan sebarang pengetahuan awal tentang linguistik ataupun kebolehan bercakap melebihi dari tiga bahasa. Hanya dengan kemahiran berfikir secara logik dan juga kesabaran, peserta adalah lebih dari bersedia untuk menyertainya. Masalah-masalah yang dikemukakan dalam MyCLO adalah dalam bentuk teka-teki linguistik yang menguji kemahiran pelajar dalam menggunakan penaakulan deduktif dan logikal. Ia tidak bergantung kepada sebarang kemahiran penggunaan bahasa lain.

​Pada tahun 2018 juga, sebanyak 43 negara terbabit bersama IOL secara aktif. MyCLO ialah sebuah pertandingan terbuka dan merupakan sebahagian daripada proses pemilihan untuk membina sebuah pasukan bagi mewakili Malaysia di peringkat IOL. Pada tahun 2018, MyCLO telah menghantar pasukan kebangsaan yang pertama sekaligus menjadikan Malaysia salah satu negara yang pernah menyertai IOL. Penyertaan kali pertama di IOL ini boleh dibanggakan apabila Yeoh Zi Song berjaya menggondol pingat perak untuk pasukan kebangsaan.

IOL

AKTIVITI TERKINI. LIHAT LAGI >

SEJARAH IOL

2003

BOROVETS, BULGARIA

2004

MOSCOW, RUSSIA

Negara: 6

Pasukan: 9

Peserta: 33

Negara: 7

Pasukan: 12

Peserta: 45

2005

LEIDEN, NETHERLANDS

2006

TARTU, ESTONIA

Negara: 9

Pasukan: 13

Peserta: 50

Negara: 9

Pasukan: 13

Peserta: 51

2007

ST. PETERSBURG, RUSSIA

2008

SLANCHEV BRYAG, BULGARIA

Negara: 9

Pasukan: 15

Peserta: 61

Negara: 9

Pasukan: 13

Peserta: 51

2009

WROCLAW, POLAND

Negara: 17

Pasukan: 23

Peserta: 86

STOCKHOLM, SWEDEN

2010

Negara: 18

Pasukan: 26

Peserta: 99

2011

PITTSBURGH, USA

2012

LJUBLJANA, SLOVENIA

Negara: 19

Pasukan: 27

Peserta: 102

Negara: 26

Pasukan: 34

Peserta: 131

2013

2014

BEIJING, CHINA

Negara: 26

Pasukan: 35

Peserta: 138

Negara: 28

Pasukan: 39

Peserta: 152

2015

BLAGOEVGRAD, BULGARIA

2016

MYSORE, INDIA

Negara: 29

Pasukan: 43

Peserta: 166

Negara: 30

Pasukan: 43

Peserta: 167

2017

DUBLIN, IRELAND

2018

PRAGUE, CZECH REPUBLIC

Negara: 27

Pasukan: 43

Peserta: 172

Negara: --

Pasukan: --

Peserta: --

HUBUNGI KAMI

Malaysian Computational Linguistics Olympiad (MyCLO)

100-1, Jalan 2/23A, Off Jalan Genting,

Taman Danau Kota, Setapak, 

53300, Kuala Lumpur

info@myclo.my

Tel: +603-4143 7672

Whatsapp: +6011-11468122

© 2018. Malaysian Computational Linguistics Olympiad (MyCLO). Created by Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd.